Thursday, January 24, 2008

Tenis Terbuka Australia 2008 - Separuh Akhir Lelaki

TERKINI..6.45pm

Nadal Tersekat di separuh akhir

HARAPAN pemain nombor dua dunia dari Sepanyol, Rafael Nadal untuk menjuarai Tenis Terbuka Australia buat kali pertama berkecai apabila tewas mengejut kepada pemain sensasi Perancis, Jo-Wilfried Tsonga (gambar atas) dalam pertarungan tiga set di pusingan separuh akhir petang ini.

Nadal yang mara ke separuh akhir buat kali pertama di Kejohanan Terbuka Australia tewas mudah 2-6, 3-6, 2-6 dalam masa satu jam 57 minit.

Ini adalah kali pertama Nadal mencicirkan set di kejohanan kali ini selepas menundukkan semua lawannya sebelum ini dengan straight set.

Tsonga yang kini berada di ranking ke-38 dunia mengetepikan tiga pemain pilihan dalam laluannya untuk mara ke separuh akhir.

Pada kejohanan sama tahun lalu beliau tersingkir di pusingan pertama.

No comments: