Wednesday, January 23, 2008

Tenis Terbuka Australia 2008


Djokovic tepati ramalan ke separuh akhir

PILIHAN ketiga, Novak Djokovic tidak menghadapi banyak masalah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas mudah menewaskan pilihan kelima dari Sepanyol David Ferrer 6-0, 6-3, 7-5.

Ferrer yang memenangi tiga daripada lima pertemuan dengan Djokovic sebelum ini mensia-siakan peluang di set ketiga apabila beliau mendahului lawannya itu 5-3.

Bagaimanapun Djokovic berjaya bangkit mengutip empat mata seterusnya untuk mara ke separuh akhir buat kali keempat berturut-turut di kejohanan grand slam.

Di peringkat separuh akhir nanti, Djokovic bakal berdepan sama ada pemain nombor satu dunia, Roger Federer atau pemain Amerika Syarikat, James Blake yang membuat perhitungan pada sebelah petang.

Satu lagi perlawanan separuh akhir mempertemukan pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal yang akan menghadapi pemain bukan pilihan dari Perancis Jo-Wilfried Tsonga.

No comments: