Wednesday, January 23, 2008

Badminton Terbuka Korea 2008

Hanya Chong Wei, Choon Hann mara pusingan ke-2

PEMAIN nombor satu negara, Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan ke-2 Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea selepas menundukkan pemain Kanada, Andrew Dabaka, 21-9, 21-9.

Pilihan kedua kejohanan itu dijangka akan membuat perhitungan dengan lawan yang dikalahkannya pada aksi final Terbuka Malaysia minggu lepas, Lee Hyun Il di pusingan kedua esok.

Daripada tujuh pemain perseorangan negara yang beraksi pada pusingan pertama hari ini hanya dua daripada mereka yang mara ke pusingan berikutnya.

Seorang lagi pemain negara yang layak beraksi di pusingan kedua esok ialah Wong Choon Hann yang menewaskan rakan senegara, Lee Tsuen Seng 19-21, 21-16, 21-10.

Bagaimanapun Choon Hann berdepan tugas berat apabila lawan yang akan dihadapinya nanti ialah pemain nombor tiga dunia, Bao Chunlai yang menewaskan pemain Belanda, Dicky Palyama.

No comments: