Tuesday, January 22, 2008

Tenis Terbuka Australia 2008


Nadal catat rekod di Terbuka Australia
Mara ke separuh akhir tanpa cicir sebarang set

PEMAIN nombor dua dunia, Rafael Nadal mencipta sejarah peribadi apabila berjaya menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia buat kali pertama dalam kariernya.

Pencapaian terbaik Nadal di Terbuka Australia ialah mara ke suku akhir pada kejohanan tahun lepas.

Pemain Sepanyol itu mara ke peringkat empat terakhir selepas menundukkan pemain pilihan ke-24, Jarkko Nieminen dengan straight set 7-5, 6-3, 6-1.

Menanti Nadal di separuh akhir ialah pemenang antara Mikhail Youzhny dan Jo-Wilfried Tsonga yang akan berentap pada lewat petang ini.

Kecuali pada set pertama yang berlangsung agak sengit, Nadal tidak memerlukan banyak tenaga untuk menumpaskan pemain Finland itu.

Nieminen mara ke suku akhir selepas menumpaskan Philipp Kohlschreiber iaitu pemain yang menewaskan pilihan keenam, Andy Roddick di pusingan ke-3.

"Saya sangat gembira berjaya mara ke separuh akhir, amat penting bagi saya memulakan musim baru dengan kejayaan di kejohanan utama ini," kata Nadal selepas berakhir perlawanan.

Untuk rekod, Nadal belum mencicirkan sebarang set dalam laluannya mara ke separuh akhir kejohanan tahun ini.

No comments: