Saturday, March 8, 2008

Badminton: Mew Choo terkandas di suku akhir

CABARAN perseorangan wanita utama negara, Wong Mew Choo pada Kejohanan Badminton Seluruh England berakhir selepas tunduk kepada pemain Korea, Hwang Hye Youn 21-17, 10-21, 13-21 di peringkat suku akhir, awal pagi tadi.

Sebelum ini Mew Choo menundukkan pemain China, Jiang Yanjiao 21-16, 21-12 untuk melangkah ke suku akhir.

Kekalahan itu bermakna Malaysia mengakhiri cabaran dalam bahagian wanita selepas pasangan nombor satu negara, Wong Pei Tty/Chin Eei Hui tewas kepada pilihan utama kejohanan, Wei Yili/zhang Yawen di pusingan kedua.

Bagaimanapun Malaysia masih mempunyai wakil dalam bahagian lelaki menerusi perseorangan utamanya, Lee Chong Wei dan beregu veteran, Choong Tan Fook/Lee Wan Wah. Semua pemain berkenaan akan beraksi di peringkat separuh akhir awal pagi esok.

Di separuh akhir nanti Chong Wei akan ditentang pemain China, Chen Jin manakala Tan Fook/Wan Wah bakal menghadapi pasangan Korea, Lee Yong Dae/Jung Jae Sung.

Semua perlawanan bermula awal pagi esok waktu Malaysia.

No comments: