Friday, March 7, 2008

Badminton All England: Chong Wei, beregu mara ke suku akhir

Pemain utama negara dijangka temui Taufik Hidayat di suku akhir

PILIHAN kedua, Lee Chong Wei berjaya melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England selepas menundukkan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-18, 21-11 pada pusingan kedua malam tadi.

Lawan Chong Wei di pusingan suku akhir nanti ialah pemenang antara pilihan ketujuh dari Indonesia, Taufik Hidayat atau pemain Vietnam, Nguyen Tien.

Turut mara mengiringi pemain utama negara ke suku akhir ialah beregu veteran, Choong Tan Fook/Lee Wan Wah yang menang mudah ke atas pasangan dari Amerika Syarikat, Howard Bach/Bob Malaythong 21-8, 21-16.

Menanti pasangan negara di suku akhir nanti juga dari Indonesia, Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto yang menewaskan beregu Denmark Anders Kristiansen/Simon Mollyhus 21-8, 21-15.

Wakil Malaysia dalam bahagian wanita iaitu perseorangan utama negara, Wong Mew Choo dan beregu, Wong Pei Tty/Chin Eei Hui hanya akan beraksi awal pagi nanti.

No comments: