Thursday, January 31, 2008

Badminton: Ranking Dunia Terkini

Ranking Dunia
Tarikh: 31 Jan 2008
Perseorangan Lelaki


Ranking

Pemain

Negara

Mata

1.

Lin Dan

CHN

83995

2.

Lee Chong Wei

MAL

78989

3.

Bao Chunlai

CHN

66390

4.

Chen Jin

CHN

61900

5.

Kenneth Jonassen

DEN

57644

6.

Sony Dwi Kuncoro

INA

57380

7.

Taufik Hidayat

INA

57048

8.

Peter Gade

DEN

56483

9.

Chen Yu

CHN

53180

10.

Simon Santoso

INA

48400

11.

Boonsak Ponsana

THA

46015

12.

Park Sung Hwan

KOR

45431

13.

Chen Hong

CHN

44720

14.

Lee Hyun Il

KOR

42730

15.

Wong Choong Hann

MAL

40730

16.

Wacha Perzemyslaw

POL

40240

17.

Shoji Sato

JPN

39633

18.

Lee Tsuen Seng

MAL

37020

19.

Chan Yan Kit

HKG

36166

20.

Kendrick Lee

SIN

36142

Jazeman dapat balik gelaran Asia

Malaysia disah juara kategori pemandu, pasukan

PETALING JAYA (Utusan Malaysia) - Pelumba muda negara, Jazeman Jaafar mendapat balik gelaran juara Formula BMW Asia 2007.

Keputusan itu dibuat oleh Persekutuan Automotif Antarabangsa (FIA), semalam dan mengarahkan penganjur supaya menyenaraikan semula namanya dan pasukan CIMB Qi-Meritus yang diwakilinya dalam senarai keputusan kejohanan dan siri berkenaan.

‘‘Pada pukul 2 pagi ini (semalam), kami diberitahu perkara tersebut oleh FIA. Keputusan mereka (FIA) adalah berdasarkan kepada tiada keputusan dibuat selepas kami mengemukakan rayuan.

‘‘FIA berpendapat oleh kerana rayuan tidak mendapat maklum balas dari bidang kuasa perundangan tempatan, maka Jazeman dan pasukan kami telah diberi semula gelaran selaku juara pemandu dan juara pasukan Formula BMW Asia 2007.

‘‘Kami gembira dengan berita ini,’’ kata ketua pasukan CIMB Qi-Meritus, Peter Thompson pada satu sidang akhbar di sini, semalam.

Rayuan dikemukakan berdasarkan kepada beberapa perkara terutama berkaitan soal keputusan teknikal yang dibuat di Zhuhai yang terdapat kecacatan dan kesilapan.

Jazeman, 14, sentiasa mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim lepas, namun beliau dan pasukannya merasa kecewa apabila gelaran juara yang dimenanginya dan pasukannya pada perlumbaan ke-22 di Litar Antarabangsa Zuhai, China dibatalkan atas alasan terdapat komponen yang tidak dibenarkan pada kereta lumba beliau.

Dengan keputusan FIA itu, pasukan Malaysia kini sah sebagai juara kategori pemandu dan pasukan bagi Formula BMW Asia Series 2007. - Utusan

Bola Sepak Piala Jerman

Dua gol Klose bantu Bayern ke suku akhir

PEMAIN antarabangsa Jerman, Miroslav Klose kembali menyengat apabila dua gol jaringannya membantu pendahulu Bundesliga, Bayern Munich menewaskan pasukan bahagian tiga Wuppertal 5-2 untuk menempah tempat ke suku akhir saingan Bola Sepak Piala Jerman.

Wuppertal bagaimanapun tetap memberi saingan hebat dengan dua kali berjaya mengikat permainan di babak pertama tetapi jaringan babak kedua daripada Daniel van Buyten, Luca Toni dan Hamit Altintop memastikan kemenangan Bayern.

Klose menjaringkan gol pada minit ke-14 dan 27 tetapi Wuppertal bangkit dua kali menyamakan kedudukan. Gol Wuppertal dijaringkan Tobias Damm pada minit ke-26 dan Mahir Saglik pada minit ke-29.

"Selepas 2-2, kami jangkakan sukar," kata pengurus Bayern, Uli Hoeness. "Tetapi jurulatih kemudian memberi kata dua di dalam bilik persalinan dan ia bertukar lebih baik," katanya.

Sementara itu pesaing terdekat Munich dalam Bundesliga, Werder Bremen tersingkir daripada kejohanan apabila tewas 1-2 di tangan Borussia Dortmund. Pemain Brazil, Diego menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-82 buat Bremen, tetapi mensia-siakan satu lagi peluang keemasan yang hadir sejurus itu, sekali gus terlepas peluang untuk mengikat permainan.

Dalam perlawanan lain, pasukan bahagian dua Hoffenheim mengejutkan Hansa Rostock 2-1, manakala 1860 Munich bangkit selepas ketinggalan dua gol untuk menewaskan Alemania Aachen 3-2.

Monday, January 28, 2008

Bola Sepak Piala Negara Afrika 2008

Cameroon hidupkan peluang ke suku akhir

JUARA empat kali, Cameroon kembali bernafas dalam kempen Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2008 selepas mencatat kemenangan selesa, membelasah Zambia 5-1 dengan penyerang bintang, Samuel Eto’o menyamai jaringan terbanyak sepanjang zaman dalam kejohanan itu.

Cameroon tunduk 4-2 pada pencabar utama Kumpulan C dan juara bertahan, Mesir pada perlawanan pertama, tapi mereka kembali bangkit dengan aksi bergaya semalam.

Pencapaian itu sekali gus membuka satu lagi kejayaan membanggakan secara peribadi buat Eto’o, yang pernah muncul Pemain Terbaik Afrika tiga kali, menyamai jaringan terbanyak kejohanan itu yang dilakukan pemain Ivory Coast, Laurent Pokou dengan 14 gol selepas menyumbat masuk sepakan penalti minit ke-65.

Ia juga jaringan ketiga Eto’o, penyerang Barcelona, dalam kejohanan ini yang diadakan setiap dua tahun itu.

Jurulatih Cameroon, Otto Pfister memuji pasukannya yang kembali berada pada landasan saingan.

“Kami menang perlawanan itu tapi masih banyak perlu dilakukan,” kata Pfister. “Kami tewas perlawanan pertama kepada Mesir kerana kekurangan disiplin di atas padang, tapi kami dapat mengatasi kelemahan itu sekarang.”

Rakan sejawatannya yang mengendalikan Zambia, Patrick Phiri berkata, beliau kecewa dengan benteng pertahanan yang memberikan lawan mereka peluang menjaringkan gol.

“Kami membuat persediaan baik untuk kejohanan ini di Sepanyol, Tunisia dan Maghribi dan benteng pertahanan kami adalah bahagian terkuat sejak kali pertama saya mengambil alih pasukan ini sejak satu setengah tahun lalu, tapi kali ini mereka mengecewakan kami,” kata Phiri.

“Cameroon bernasib baik kerana kami mencipta semua jaringan untuk mereka. Pemain saya mungkin takut dengan beberapa nama besar dalam skuad lawan.”

Pasukan digelar “Singa Sukar Dijinakkan” itu mendahului pada minit ke-27 melalui sepakan percuma Geremi Njitap sebelum menambah jaringan lima minit kemudian apabila Desire Job menemui sasaran.

Benteng longgar Zambia sekali lagi membiarkan penyerang Toulouse, Achilles Emana menjaringkan gol ketiga pasukannya sebelum waktu rehat.

Malapetaka lebih buruk menyaksikan Cameroon menjaringkan gol kelima mereka apabila Job menyumbat gol pada minit ke-81 untuk jaringan keduanya pada perlawanan itu.

Christopher Katongo menjaringkan gol sagu hati bagi Zambia pada minit ke-89.

Dalam satu lagi perlawanan, Mesir membenam Sudan 3-0 untuk menghampiri slot suku akhir Piala Afrika.

Hosni Abd Rabou meledak jaringan pertama melalui sepakan penalti pada minit ke-28 selepas dia dikasari dalam kotak penalti oleh penjaga gol Sudan, Elmuiz Abdalla.

Amr Zaki mencipta peluang bagi pemain Mohamed Aboutreika untuk jaringan kedua pada minit ke-78 sebelum Aboutreika menjaringkan gol keduanya hasil satu larian solo pada m-82.

Mesir mendahului Kumpulan C dengan enam mata, tiga mengatasi Cameroon dan Zambia. Sudan tidak mempunyai sebarang mata.

Mesir hanya memerlukan seri menentang Zambia pada perlawanan terakhirnya, Rabu ini di Kumasi untuk melayakkan diri.

Raikkonen mahu akhiri kerjaya bersama Ferrari

JUARA dunia, Kimi Raikkonen menjangkakan dia tidak mungkin terus berada dalam senarai pasaran pemandu Formula Satu (F1).

Pemandu Finland berusia 28 tahun itu memberitahu akhbar Sepanyol, dia berkemungkinan menamatkan kariernya bersama Ferrari, sama ada pada penghujung musim 2009 atau selepas itu.

“Saya tidak dapat melihat sebarang sebab untuk meninggalkan pasukan ini,” kata Raikkonen, memberitahu Marca pada sesi ujian di Valencia, minggu ini. “Saya masih mempunyai kontrak selama dua tahun lagi tapi dalam kes saya, saya yakin Ferrari akan menjadi pasukan terakhir saya.”

Raikkonen turut menyatakan dia tidak bimbang dengan kehidupan selepas F1.

“Perkara paling pasti ialah pada satu hari nanti, saya akan berasakan satu keperluan untuk melakukan perkara lain. Saya mungkin melakukan beberapa perlumbaan rali atau perkara lain, saya tidak tahu. Saya akan melakukan apa yang saya suka, begitulah secara dasarnya,” katanya.

Dia enggan membuat sebarang spekulasi mengenai bila persaraannya bakal menjelma.

“Saya tidak tahu,” kata Raikkonen. “Buat masa sekarang, saya masih di sini dan tidak mempunyai sebarang niat untuk mengubah hakikat itu.

“Apabila saya menamatkan kontrak saya bersama Ferrari, saya akan berumur 30 tahun dan ia akan menjadi masa untuk membuat keputusan sama ada meneruskannya atau sebaliknya,” kata Raikkonen.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Felipe Massa menyifatkan satu-satunya perkara yang tidak menyebelahinya dalam kejuaraan ini adalah nasib.

Pemandu Brazil itu menyamai pencapaian rakan pemandunya yang lebih diletakkan sandaran tinggi, Raikkonen pada awal musim 2007, sebelum mengambil keputusan memberi sokongan kepada pemandu Finland itu bagi memastikan kejayaan menjadi milik Ferrari.

Bagaimanapun, Massa menegaskan dia tidak akan meletakkan dirinya sebagai pemandu kedua terbaik bagi musim 2008.

“Saya akan mencabar untuk memburu gelaran. Itulah sasaran saya musim ini,” kata pemenang lima Grand Prix itu.

Sunday, January 27, 2008

Tenis Terbuka Australia 2008 - Final

Djokovic muncul juara baru Terbuka Australia


PEMAIN tenis nombor tiga dunia, Novak Djokovic merangkul kejuaraan Grand Slam pertama dalam kariernya selepas menghampakan pemain sensasi dari Perancis, Jo-Wilfred Tsonga dalam aksi kemuncak Kejohanan Tenis Terbuka Australia lewat petang ini.

Djokovic yang berjaya menamatkan rekod 10 penampilan final Grand Slam berturut-turut pemain nombor satu dunia, Roger Federer pada aksi separuh akhir kelmarin, bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk membenam pemain bukan pilihan itu dengan keputusan penuh 4-6, 6-4, 6-3, 7-6 (7-2).

Tsonga, yang sebelum ini mengejutkan beberapa nama besar jaguh tenis dunia termasuk pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal seakan mampu mencipta satu lagi kejutan apabila berjaya memenangi set pertama 6-4.

Djokovic bagaimanapun berjaya mematahkan servis pertama Tsonga di set kedua untuk terus menguasai hingga akhir permainan.

Pada set ketiga tidak banyak yang mampu dilakukan pemain Perancis itu untuk membalas pukulan bertenaga Djokovic sebelum tewas 3-6.

Pada set keempat kedua-dua pemain gagal mematahkan servis pihak lawan hingga memaksa permainan ditentukan menerusi tie-break.

Bagaimanapun Tsonga kelihatan kurang bertenaga untuk menyerah mudah 2-7 untuk memberikan kemenangan bersejarah buat pemain Serbia itu.

Ini adalah kali kedua Djokovic beraksi di pentas final kejohanan Grand Slam selepas Terbuka Amerika tahun lalu.

Badminton Terbuka Korea 2008 - Final

Tuan rumah gondol dua kejuaraan
Lin Dan Tewas di tangan Hyun Il

JAGUH tuan rumah, Lee Hyun Il berjaya menebus kekalahannya kepada pemain Malaysia, Lee Chong Wei pada Final Terbuka Malaysia minggu lalu dengan muncul juara Kejohanan Siri Super Terbuka Korea yang berakhir petang tadi.

Pemain bukan pilihan itu muncul juara selepas menundukkan penyandang juara yang juga pemain nombor satu dunia, Lin Dan dalam tiga set 4-21, 23-21, 23-21.

Pada kejohanan sama tahun lalu, Hyun Il gagal menepati status pilihannya selepas tersingkir seawal pusingan pertama di tangan pemain Malaysia, Lee Tsuen Seng.

Sementara itu beregu China, Cai Yun/Fu Haifen mengungguli acara beregu lelaki selepas menundukkan pasangan Indonesia, Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto juga dalam tiga set.

Pilihan kedua kejohanan itu menang 21-7, 20-22, 21-17 dalam tempoh 53 minit.

Keputusan penuh perlawanan akhir:

Perseorangan Lelaki

Lee Hyun Il (KOR) mn Lin Dan x1 (CHN)

4-21, 23-21, 23-21

Beregu Lelaki

Cai Yun/Fu Haifen x2 (CHN) mn Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto x6 (INA)

21-7, 20-22, 21-17

Perseorangan Wanita

Zhou Mi (HKG) mn Lu Lan x3 (CHN)

21-18, 15-21, 21-15

Beregu Wanita

Du Jin/Yu Yang x4 (CHN) mn Gao Ling/ Zhao Tingting (CHN)

21-15, 21-13

Beregu Campuran

Lee Yong Dae/Lee Hyo Jung (KOR) mn Flandi Limpele/Vita Marissa x4 (INA)

15-21, 21-14, 21-18

Badminton Terbuka Korea 2008 - Separuh Akhir

Lin Dan jumpa Hyun Il di Final Terbuka Korea

PEMAIN nombor satu dunia, Lin Dan akan bertemu jaguh tuan rumah, Lee Hyun Il pada saingan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas menundukkan pemain Denmark, Peter Gade di separuh akhir.

Pilihan utama kejohanan itu yang tidak menyertai Terbuka Malaysia minggu lalu menang mudah 21-12, 21-14.

Manakala Hyun Il juga menewaskan seorang lagi pemain Denmark, Kenneth Jonassen 21-11, 21-19.

Kemenangan tersebut menyaksikan kebangkitan semula pemain harapan tuan rumah itu apabila muncul di aksi akhir dua kejohanan berturut-turut.

Pada kejohanan Terbuka Malaysai beliau tewas kepada pemain Malaysia di aksi final.

Sementara itu final acara beregu menyaksikan pertemuan antara pasangan Indonesia, Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto dan pilihan kedua dari China, Fu Haifen/Cai Yun.

Pada separuh akhir semalam pasangan Indonesia itu menewaskan beregu Denmark, Lars Paaske/Jonas Rasmussen 21-16, 21-13.

Manakala Fu Haifen/Cai Yun menewaskan satu lagi pasangan Denmark, Mathias Boe/Carsten Mogensen 21-18, 19-21, 21-18.

Friday, January 25, 2008

Badminton Terbuka Korea 2008 - Suku Akhir

Keputusan Perlawanan Pusingan Suku Akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea 2008

PERSEORANGAN LELAKI

Lin Dan (x1) mn Sony Dwi Kuncoro (x6)
13-21, 21-11, 21-19

Peter Gade (x5) mn Bao Chunlai (x3)
17-21, 23-21, 23-21

Kenneth Jonassen (x8) mn Chen Jin (x4)
21-11, 21-19

Lee Hyun Il mn Park Sung Hwan
21-17, 21-18

BEREGU LELAKI

Lars Paaske/Jonas Rasmussen mn Fang Chieh Ming/Lee Sheng Mu
21-19, 21-19

Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto (x6) mn Jung Jae Sung/Lee Yong Dae (x3)
11-21, 21-15, 21-17

Mathias Boe/Carsten Mogensen mn Lee Jae Jin/Hwang Ji Man (x5)
21-18, 19-21, 21-18

Fu Haifeng/Cai Yun (x2) mn Albertus Susanto/Yohan Hadikusumo
21-15, 21-15

Tenis Terbuka Australia 2008 - Tumbangnya jaguh dunia

Djokovic akhiri rekod 19 kemenangan berturut-turut Federer di Kejohanan Grand Slam

Rekod 10 aksi final berturut-turut Grand Slam milik Federer turut lebur

PILIHAN ketiga, Novak Djokovic berjaya mematahkan servis pemain nombor satu dunia, Roger Federer pada mata penamat tie-break set ketiga di kedudukan 6-5 untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia buat pertama kali dalam kariernya.

Pemain Serbia berusia 20 tahun yang hanya menang sekali dalam enam pertemuannya dengan Federer sebelum ini menang 7-5, 6-3, 7-6 (7-5), dalam pertarungan selama dua jam 27 minit untuk menempah pertemuan dengan Jo-Wilfried Tsonga di final Ahad ini.

Tsonga, pemain bukan pilihan dari Perancis mengejutkan pemain nombor dunia dari Sepanyol, Rafael Nadal juga dalam straight set pada satu lagi pertemuan separuh akhir semalam.

Kekalahan tersebut menghancurkan impian Federer untuk menyamai rekod 14 kemenangan Grand Slam pemain Amerika Syarikat, Pete Sampras.

Kemenangan tunggal Djokovic ke atas pemain nombor satu dunia itu ialah pada Kejohanan Canada Masters tahun lalu.

Kemenangan itu juga sekaligus melunaskan dendamnya ke atas Federer apabila beliau tewas 6-7, 6-7, 4-6 di perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.

Rekod Federer di Terbuka Australia begitu cemerlang apabila beliau mara ke perlawanan akhir sebanyak tiga kali sejak 2004 di mana tahun pertama beliau muncul juara mengalahkan pemain Russia, Marat Safin.

Pada kejohanan tahun lalu Federer menewaskan pemain Chile, Fernando Gonzalez 7-6, 6-4, 6-4 di perlawanan akhir untuk muncul juara buat kali ketiga.

Kekalahan ini juga menyaksikan rekod 19 kemenangan berturut-turut Federer di Terbuka Australia berakhir.

Ini juga kali pertama Federer gagal ke perlawanan akhir kejohanan Grand Slam sejak tewas di separuh akhir kepada pakar gelanggang tanah liat, Rafael Nadal pada Kejohanan Terbuka Perancis 2005.

Selain itu Djokovic turut meleburkan rekod 10 aksi final kejohanan Grand Slam berturut-turut milik Federer.

Lebih menarik ialah Djokovic berjaya mara ke akhir tanpa mencicirkan sebarang set dalam enam perlawanan sebelum ini

Thursday, January 24, 2008

Badminton Terbuka Korea - Laporan terkini..

Perlawanan Lee Chong Wei - Lee Hyun Il

Kedudukan terikat 1-1.

Kedua-dua pemain sedia untuk bertarung di set ketiga.

Chong Wei menang set pertama 21-19, tewas set kedua 17-21.

Pasangan Chan Chong Ming/Chew Choong Eng juga terikat 1-1 dengan beregu Korea, Lee Yong Dae/Jung Jae Sung.

BERITA TERKINI:
Perseorangan utama negara dan pasangan beregu menarik diri daripada meneruskan permainan.

Chong Wei menarik diri ekoran masalah demam panas yang menimpanya dan tidak mampu lagi meneruskan saingan.

Walaupun begitu Chong Wei masih mampu memenangi set pertama 21-19 dan memberi tentangan sengit biarpun ketinggalan 13-20 pada set kedua sebelum tunduk 17-21.

Manakala pasangan beregu Chan Chong Ming/Chew Choong Eng menarik diri ekoran masalah kecederaan ketika sedang bersaing dengan beregu Korea, Lee Jae Sung-Lee Yong Dae pada set penentuan.

Choon Eng-Chong Ming kalah 13-21 pada set pembukaan, namun bangkit memenangi set kedua 23-21.

Tentangan hebat yang diberi oleh pasangan Korea pada hujung set kedua menyebabkan Choong Eng mengalami kecederaan lutut dan terpaksa melupakan saingan ketika ketinggalan 3-11 di set ketiga.

Dengan kekalahan pemain-pemain Malaysia hanya beregu wanita, Wong Pei Tty/Chin Eei Hui menjadi wakil tunggal negara meneruskan cabaran ke suku akhir.

Pei Tty-Eei Hui bagaimanapun bakal berdepan cabaran sukar beregu handalan tuan rumah dan pilihan ketiga, Lee Kyung Wong-Lee Hyo Jung.

Pasangan nombor 10 dunia itu tidak menghadapi masalah untuk melepasi pusingan kedua apabila menundukkan Aki Akao-Tomomi Matsuda dari Jepun, 21-12, 21-13.

IKUTI LAPORAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA DI SINI

Pemain Malaysia layu di Terbuka Korea

SKUAD badminton negara memulakan Kejohanan Siri Super Terbuka Korea dengan langkah sumbang apabila tiada seorang pun pemainnya berjaya melepasi pusingan kelayakan kelmarin.

Lebih memburukkan keadaan prestasi kurang konsisten terus dipamerkan pemain-pemain negara sebaik bermulanya pusingan pertama semalam.

Kecuali Juara Terbuka Malaysia, Lee Chong Wei, lain-lain wakil negara terus hanyut dan seorang demi seorang tumbang kepada lawan masing-masing.

Rasanya tidak keterlaluan dikatakan bahawa skuad negara ke Korea bolehlah dilabelkan sebagai skuad pelancong atau sekadar makan angin sahaja.

Dalam hal ini menarik juga jika kita membaca laporan yang dipetik daripada akhbar Harian Metro hari ini:

***********************
Harian Metro - 24 Jan 2008
Sekadar ‘makan angin’
Oleh Sufian Thauri Muhammed

PRESTASI mengecewakan dicatatkan kelompok besar pemain badminton negara apabila mereka gagal melepasi pusingan pertama Terbuka Korea, semalam.

Dalam acara perseorangan lelaki, cabaran Muhd Hafiz Hashim dan abangnya, Roslin, serta Sairul Amar Ayob, Yeoh Kay Bin dan Lee Tsuen Seng berakhir apabila tewas kepada lawan masing-masing.

Hafiz ternyata masih dibelenggu prestasi tidak konsisten apabila tunduk kepada pemain Indonesia, Simon Santoso, 21-12, 21-10 dalam masa 27 minit.

Keputusan itu pasti meletakkan peluangnya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik dalam keadaan lebih tertekan terutama kerana pesaingnya Wong Choong Hann mencatatkan kemenangan.

Choong Hann menewaskan rakan senegara, Lee Tsuen Seng, 19-21, 21-16, 21-10 sekali gus memastikannya memungut lebih banyak mata kelayakan Olimpik.

Namun, harapannya untuk menambah mata tampak sukar kerana lawan yang bakal ditemuinya di pusingan kedua adalah pemain China, Bao Chunlai, hari ini. Pada pusingan kedua Terbuka Malaysia minggu lalu, Choong Hann tewas kepada Chunlai.

Roslin yang turut memburu tempat ke Olimpik turut gagal dalam misinya apabila tunduk kepada pemain Jepun, Shoji Sato, 21-16, 21-17.

Begitupun, kecemerlangan juara Terbuka Malaysia empat kali, Lee Chong Wei berterusan apabila dia tidak menghadapi banyak masalah untuk menundukkan pemain Kanada, Andrew Dabaka 21-9, 21-9.

Dia akan bertemu lawan yang ditewaskannya di final Terbuka Malaysia, Lee Hyun-il pada pusingan kedua.

Persembahan perseorangan wanita, Wong Mew Choo yang layak ke separuh akhir Terbuka Malaysia pula mengecewakan apabila dia tunduk kepada pemain tuan rumah, Lee Yun Hwa, 21-11, 21-16.

Namun, seorang lagi perseorangan wanita negara, Julia Wong meneruskan kemaraan selepas mengatasi pemain Thailand, Salakjit Ponsana, 21-16, 21-15. Dia berhadapan ujian getir untuk melepasi pusingan kedua kerana bertemu pilihan kedua dari China, Zhang Ning.

Dua beregu negara, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari dan Chew Choon Eng-Chan Chong Ming menepati sasaran apabila melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan lawan masing-masing.

Zakry-Fairuzizuan akan berhadapan lawan yang ditewaskannya di pusingan pertama Terbuka Malaysia, Luluk Hadiyanto-Chandra Alvent Yulianto dari Indonesia dan mereka perlu lebih berhati-hati kerana sudah tentu keazaman beregu Indonesia itu untuk membalas dendam kekalahan lebih tinggi kali ini.

Choon Eng-Chong Ming pula akan menentang pilihan ketiga, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea dan mereka perlu beraksi pada tahap terbaik untuk menghidupkan peluang melangkah ke suku akhir.

Badminton Terbuka Korea 2008

TERKINI..
Pasangan Mohd Zakry/Fairuzizuan, Julia Wong, beregu wanita tumbang

LIMA wakil negara yang beraksi di pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Korea tumbang kepada lawan masing-masing dalam perlawanan yang berlangsung lewat petang tadi.

Pasangan beregu harapan, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Mohd Zakry Abdul Latif tewas selepas bertarung tiga set kepada pilihan keenam dari Indonesia, Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto 19-21, 21-19, 12-21.

Perseorang wanita tunggal di pusingan kedua, Julia Wong hampir-hampir mengejutkan pilihan kedua kejohanan, Zhang Ning sebelum tewas kepada lawan dari China itu 17-21, 21-19, 12-21.

Manakala beregu wanita, Lim Pek Siah/Haw Chiou Hwee juga tewas mudah kepada pemain China, Gao Ling/Zhao Tingting 15-21, 7-21.

Tenis Terbuka Australia 2008 - Separuh Akhir Lelaki

TERKINI..6.45pm

Nadal Tersekat di separuh akhir

HARAPAN pemain nombor dua dunia dari Sepanyol, Rafael Nadal untuk menjuarai Tenis Terbuka Australia buat kali pertama berkecai apabila tewas mengejut kepada pemain sensasi Perancis, Jo-Wilfried Tsonga (gambar atas) dalam pertarungan tiga set di pusingan separuh akhir petang ini.

Nadal yang mara ke separuh akhir buat kali pertama di Kejohanan Terbuka Australia tewas mudah 2-6, 3-6, 2-6 dalam masa satu jam 57 minit.

Ini adalah kali pertama Nadal mencicirkan set di kejohanan kali ini selepas menundukkan semua lawannya sebelum ini dengan straight set.

Tsonga yang kini berada di ranking ke-38 dunia mengetepikan tiga pemain pilihan dalam laluannya untuk mara ke separuh akhir.

Pada kejohanan sama tahun lalu beliau tersingkir di pusingan pertama.

Badminton Terbuka Korea 2008

TERKINI..
Choon Hann tumbang di tangan Chunlai

PEMAIN perseorangan negara, Wong Choon Hann gagal meneruskan kemaraan di Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas tersekat di pusingan kedua kepada jaguh China, Bao Chunlai dalam perlawanan sengit hampir satu jam.

Walaupun tewas Choon Hann berjaya mengheret pilihan ketiga kejohanan itu hingga ke set penentuan sebelum tewas 14-21, 21-15, 19-21.

Perlawanan di awal set pertama agak seimbang apabila kedua-dua pemain saling bertukar mata sebelum Choon Hann berjaya mendahului 9-5.

Bagaimanapun Chunlai berjaya memungut tujuh mata berturut-turut untuk mendahului 12-9.

Selepas membenarkan Choon Hann memungut satu mata, Chunlai terus menguasai permainan hingga ke akhir set pertama.

Di set kedua, Choon Hann memperbaiki permainan dan mendahului lawannya itu dari awal permainan hingga ke akhir untuk menang 21-15.

Di awal set ketiga Choon Hann mengutip tiga mata berturut-turut sebelum berjaya dikejar oleh Chunlai.

Hanya di kedudukan 11-11, barulah Chunlai berjaya mendahului dengan 13-12, bagaimanapun bekas pemain nombor satu negara itu kembali mendahului di kedudukan 15-13.

Perlawanan kemudiannya bertukar seimbang dengan kedua-dua pemain saling bertukar servis hingga Choon Hann mendahului 19-18 sebelum Chunlai akhirnya berjaya mengutip tiga berturut-turut untuk menamatkan set ketiga dengan 21-19.

Dengan kekalahan itu bermakna hanya tinggal Lee Chong Wei meneruskan perjuangan dalam bahagian perseorangan lelaki selepas satu demi satu pemain negara tewas seawal pusingan pertama.

Chong Wei dijadual bertemu jaguh tuan rumah, Lee Hyun Il pada jam 8.15 malam ini.

Sementara itu Pasangan beregu wanita negara, Wong Pei Tty/Chin Eei Hui meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga selepas menundukkan pasangan Jepun, Aki Akao/Tomomi Matsuda dalam dua set terus, 21-12, 21-13.

Lain-lain wakil negara hanya akan turun gelanggang pada lewat petang ini.

Badminton Terbuka Korea 2008

Keputusan Perlawanan Pusingan Pertama Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2008

PERSEORANGAN LELAKI

Lin Dan (x1) mn Boonsak Ponsana
21-17, 21-18

Chan Yan Kit mn Sairul Amar Ayob
21-13, 21-17

Sony Dwi Kuncoro (x6) mn Yeoh Kay Bin
21-14, 21-13

Shong Seung Mo mn Kendrick Lee
21-9, 18-21, 21-15

Bao Chunlai (x3) mn Dicky Palyama
21-11, 21-16

Wong Choon Hann mn Lee Tsuen Seng
19-21, 21-16, 21-10

Peter Gade (x5) mn Chen Yu
21-15, 21-18

Ng Wei mn Przemyslaw Wacha
21-19, 16-21, 21-19

Andrew Smith mn Hong Ji Hoon
9-21, 21-16, 21-18

Kenneth Jonassen (x8) Jang Young Soo
21-16, 21-10

Shoji Sato mn Muhd Roslin Hashim
21-16, 21-17

Chen Jin (x4) mn Lee Cheol Ho
21-17, 21-9

Simon Santoso mn Muhd Hafiz Hashim
21-12, 21-10

Park Sung Hwan mn Richard Waughan
21-10, 21-8

Lee Hyun Il mn Sho Sasaki
21-14, 21-19

Lee Chong Wei (x2) mn Andrew Dabeka
21-9, 21-9

BEREGU LELAKI

Markis Kido/Hendra Setiawan (x1) mn Robert Adcock/Robin Middleton
21-19, 21-10

Lars Paaske/Jonas Rasmussen mn Dicky Palyama/Eric Pang
21-11, 21-12

Hendra Gunawan/Joko Riyadi mn Guo Zhendong/Xie Zhongbo (x7)
20-22, 21-10, 21-17

Fang Chieh Ming/Lee Sheng Mu mn Kang Myeong Won/Shin Baek Choel
21-16, 21-17

Jung Jae Sung/Lee Yong Dae (x3) mn Chien Yu Hsun/Lin Yu Lang
21-10, 21-16

Chan Chong Ming/Chew Choon Eng mn Cho Gun Woo/Yoo Yeon Seong
24-26, 21-18, 21-19

Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto (x6) Sudket Prapakamol/Phattapol Ngensrisuk
21-14, 21-17

Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Mohd Zakry Abdul Latif mn VitalijDurkin/Alexandr Nikolaenko
21-5, 21-13

Michal Logosz/Robert Mateusiak mn Kristof Hopp/Ingo Kindervater
21-19. 21-17

Lee Jae Jin/Hwang Ji Man (x5) mn Robert Blair/David Lindley
17-21, 21-16, 21-11

Mathias Boe/Carsten Mogensen mn Anthony Clark/Chris Adcock
21-14, 21-17

Shuichi Sakamoto/Shintaro Ikeda mn Jens Eriksen/Martin Lundgaard Hansen (x4)
21-19, 21-14

Albertus Susanto/Yohan Hadikusumo mn Mike Beres/William Milroy
21-17, 21-16

Tadashi Ohtsuka/Keita Masuda (x8) mn Kwon Yi Goo/Ko Sung Hyun
22-21, 21-19

Tsai Chia Hsin/Hu Chung Shien mn Howard Bach/Khan Bob Malaythong
21-14, 21-14

Fu Haifeng/Cai Yun (x2) Simon Mollyhus/Anders Kristiansen
23-21, 21-11

Wednesday, January 23, 2008

Keputusan Perlawanan

Piala Negara Afrika 2008

Mesir

4- 2

Cameroon

Hosni Abd Rabou (p-14)
Mohamed Zidane (17)
Mohamed Zidane (45)
Hosni Abd Rabou (82)

Samuel Eto'o (51)
Samuel Eto'o (p-90)

Sudan

0 - 3

Zambia



James Chamanga (2)
Jacob Mulenga (51)
Felix Katongo (60)

Badminton Terbuka Korea 2008

Hanya Chong Wei, Choon Hann mara pusingan ke-2

PEMAIN nombor satu negara, Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan ke-2 Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea selepas menundukkan pemain Kanada, Andrew Dabaka, 21-9, 21-9.

Pilihan kedua kejohanan itu dijangka akan membuat perhitungan dengan lawan yang dikalahkannya pada aksi final Terbuka Malaysia minggu lepas, Lee Hyun Il di pusingan kedua esok.

Daripada tujuh pemain perseorangan negara yang beraksi pada pusingan pertama hari ini hanya dua daripada mereka yang mara ke pusingan berikutnya.

Seorang lagi pemain negara yang layak beraksi di pusingan kedua esok ialah Wong Choon Hann yang menewaskan rakan senegara, Lee Tsuen Seng 19-21, 21-16, 21-10.

Bagaimanapun Choon Hann berdepan tugas berat apabila lawan yang akan dihadapinya nanti ialah pemain nombor tiga dunia, Bao Chunlai yang menewaskan pemain Belanda, Dicky Palyama.

Badminton Terbuka Korea 2008

Dua pasangan negara lepasi halangan pertama
Roslin, Hafiz gagal lagi

MENGECEWAKAN. Itulah yang dapat disimpulkan mengenai dua pemain negara, Muhd Roslin Hashim dan adiknya, Hafiz.

Selepas tersingkir seawal pusingan pertama di Terbuka Malaysia seminggu lalu, nasib serupa terus menimpa buat dua beradik itu apabila tewas lagi, juga di pusingan awal.

Cuma kali ini skripnya agak berbeza, jika minggu lepas mereka tewas di tangan pemain senegara dan di halaman sendiri, kali ini mereka tewas di Kejohanan Terbuka Korea kepada lawan berbeza.

Roslin, pemain ranking 20 dunia tewas kepada pemain Jepun, Shoji Sato 16-21, 17-21, sementara Hafiz tumbang di tangan lawan dari Indonesia, Simon Santoso 12-21, 10-21.

Sementara itu pasangan negara, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Mohd Zakry Abdul Latif tidak menghadapi masalah membenam lawan dari Russia, Vitalij Durkin/Alexandr Nikolaenko dengan dua set terus, 21-5, 21-13.

Kemenangan tersebut mengiringi kemaraan satu lagi beregu negara, Chan Chong Ming/Chew Choong Eng yang menumpaskan beregu Korea, Yoo Yeon Seong/Cho Gun Woo 24-26, 21-18, 21-19 dalam perlawanan terdahulu.

KEPUTUSAN TERKINI.. Tenis Terbuka Australia

Federer jumpa Djokovic di separuh akhir

PILIHAN pertama, Roger Federer mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas menundukkan pemain Amerika Syarikat, James Blake dengan keputusan 7-5, 7-6, 6-4.

Federer yang menang dalam kesemua tujuh pertemuan dengan Blake sebelum ini bakal berdepan pemain nombor tiga dunia, Novak Djokovic di peringkat separuh akhir nanti.

Badminton Siri Super Terbuka Korea 2008

Choong Han mara pusingan ke-2
Tiga pemain negara tersingkir awal

PEMAIN veteran, Wong Choon Hann berhempas pulas sebelum mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea yang bermula semalam.

Choon Hann mara selepas menewaskan rakan senegara, Lee Tsuen Seng dalam tiga set 19-21, 21-16, 21-10.

Bagaimanapun dua lagi pemain perseorangan negara, Sairul Amar Ayob dan Yeoh Kay Bin tumbang kepada lawan masing-masing dalam straight set.

Kay Bin tewas kepada pilihan keenam dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 14-21, 13-21 manakala Sairul tumbang kepada lawan kurang ternama dari Hong Kong, Chan Yan Kit 13-21, 17-21.

Pemain adik beradik, Muhd Roslin Hashim dan Muhd Hafiz Hashim akan turun ke gelanggang pada lewat petang ini.

Ruslin akan berhadapan dengan pemain Jepun, Shoji Sato manakala Hafiz bakal berentap dengan pemain Indonesia, Simon Santoso.

Sementara itu, Juara Terbuka Malaysia, Lee Chong Wei berhadapan laluan agak mudah apabila dijadual bertemu pemain Kanada, Andrew Dabeka pada sebelah malam.

Dalam bahagian beregu, pasangan Chan Chong Ming/Chew Choong Eng melepasi halangan awal dengan menumpaskan beregu Korea, Yoo Yeon Seong/Cho Gun Woo 24-26, 21-18, 21-19.

Satu lagi beregu negara, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Mohd Zakry Abdul Latif akan menentang pasangan Russia, Vitalij Durkin/Alexandr Nikolaenko pada sebelah malam nanti.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita nombor satu negara, Wong Mew Choo tewas mengejut 11-21, 16-21 kepada pemain kurang ternama dari Korea, Lee Yun Hwa.

Tenis Terbuka Australia 2008


Djokovic tepati ramalan ke separuh akhir

PILIHAN ketiga, Novak Djokovic tidak menghadapi banyak masalah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas mudah menewaskan pilihan kelima dari Sepanyol David Ferrer 6-0, 6-3, 7-5.

Ferrer yang memenangi tiga daripada lima pertemuan dengan Djokovic sebelum ini mensia-siakan peluang di set ketiga apabila beliau mendahului lawannya itu 5-3.

Bagaimanapun Djokovic berjaya bangkit mengutip empat mata seterusnya untuk mara ke separuh akhir buat kali keempat berturut-turut di kejohanan grand slam.

Di peringkat separuh akhir nanti, Djokovic bakal berdepan sama ada pemain nombor satu dunia, Roger Federer atau pemain Amerika Syarikat, James Blake yang membuat perhitungan pada sebelah petang.

Satu lagi perlawanan separuh akhir mempertemukan pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal yang akan menghadapi pemain bukan pilihan dari Perancis Jo-Wilfried Tsonga.

Tuesday, January 22, 2008

Tenis Terbuka Australia 2008


Nadal catat rekod di Terbuka Australia
Mara ke separuh akhir tanpa cicir sebarang set

PEMAIN nombor dua dunia, Rafael Nadal mencipta sejarah peribadi apabila berjaya menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia buat kali pertama dalam kariernya.

Pencapaian terbaik Nadal di Terbuka Australia ialah mara ke suku akhir pada kejohanan tahun lepas.

Pemain Sepanyol itu mara ke peringkat empat terakhir selepas menundukkan pemain pilihan ke-24, Jarkko Nieminen dengan straight set 7-5, 6-3, 6-1.

Menanti Nadal di separuh akhir ialah pemenang antara Mikhail Youzhny dan Jo-Wilfried Tsonga yang akan berentap pada lewat petang ini.

Kecuali pada set pertama yang berlangsung agak sengit, Nadal tidak memerlukan banyak tenaga untuk menumpaskan pemain Finland itu.

Nieminen mara ke suku akhir selepas menumpaskan Philipp Kohlschreiber iaitu pemain yang menewaskan pilihan keenam, Andy Roddick di pusingan ke-3.

"Saya sangat gembira berjaya mara ke separuh akhir, amat penting bagi saya memulakan musim baru dengan kejayaan di kejohanan utama ini," kata Nadal selepas berakhir perlawanan.

Untuk rekod, Nadal belum mencicirkan sebarang set dalam laluannya mara ke separuh akhir kejohanan tahun ini.

Piala Negara-Negara Afrika 2008 - Keputusan Hari ini

Namibia

1 - 5

Morocco

Brian Brendell (23)

Soufiane Alloudi (2)
Soufiane Alloudi (5)
Soufiane Alloudi (28)
Tarik Sektioui (pen 40)
Monsef Zerka (74)

Nigeria

0 - 1

Ivory Coast



Salomon Kalou (66)

Mali

1 - 0

Benin

Frederic Kanouté (pen 49)

Tenis Terbuka Australia 2008 - Keputusan Perlawanan

Keputusan Perlawanan Pusingan Ke-4 Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2008


Roger Federer (x1) mn Tomas Berdych (x13)

6-4, 7-6, 6-3

James Blake (x12) mn Marin Cilic

6-3, 6-4, 6-4

Novak Djokovic (x3) Lleyton Hewitt (x19) mn

7-5, 6-3, 6-3

David Ferrer (x5) mn Juan Carlos Ferrero (x22)

7-5, 3-6, 6-4, 6-1



Perkembangan Bola Sepak Terkini. KLIK DI SINI

Monday, January 21, 2008

Raul, Nistelrooy Pastikan Real Terus Kukuh

DUA gol pada separuh masa pertama oleh Raul Gonzales dan Ruud van Nistelrooy serta kecekapan penjaga gol memastikan Real Madrid mengukuhkan kedudukan di persada Liga Sepanyol pada perlawanan awal pagi tadi.

Gol pertama Madrid hadir menerusi kaptennya, Raul yang menjaring gol kira-kira 30 saat perlawanan berlangsung.

Nistelrooy pula menjaring gol kedua Real pada minit ke-42 untuk jumlah keseluruhan 12 gol dalam senarai penjaring terbanyak setakat ini.

Sementara itu, Barcelona mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Racing Santander di Nou Camp menerusi bekas penyerang Arsenal, Thiery Henry.


Lebih Banyak Berita Bola. KLIK DI SINI

Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris 19 & 20 Januari

Birmingham 0

-

1 Chelsea

Blackburn 1

-

1 Middlesbrough

Fulham 0

-

3 Arsenal

Portmouth 3

-

1 Derby

Reading 0

-

2 Manchester U

Tottenham 2

-

0 Sunderland

Newcastle 0

-

0 Bolton

Wigan 1

-

2 Everton

Manchester City 1

-

1 West Ham


*Perlawanan Hari ini
Liverpool lwn Aston Villa

Sunday, January 20, 2008

Tenis Terbuka Australia 2008 - Keputusan Terkini

Keputusan Perlawanan Pusingan Ke-4 Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2008

Rafael Nadal (x2) mn Paul-Henri Mathieu (x23)

6-4, 3-0 (tarik diri)

Jarkko Nieminen (x24) mn Philipp Kohlschreiber (x29)

3-6, 7-6, 7-6, 6-3

Mikhail Youzhny (x14) mn Nikolay Davydenko (x4)

7-6, 6-3, 6-1

Jo-Wilfried Tsonga mn Richard Gasquet (x8)

6-2, 6-7, 7-6, 6-3

Tenis Terbuka Australia 2008 - Keputusan

Keputusan Penuh Perlawanan Pusingan Ke-3 Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2008

Roger Federer (x1) mn Janko Tipsarevic

6-7, 7-6, 7-5, 6-1, 10-8

Tomas Berdych (x13) mn Juan Monaco (x21)

6-3, 3-6, 6-7, 2-6

James Blake (x12) mn Sebastien Grosjean

4-6, 2-6, 6-0, 7-6, 6-2

Marin Cilic mn Fernando Gonzalez (x7)

6-2, 6-7, 6-3, 6-1

Novak Djokovic (3) mn Sam Querrey

6-3, 6-1, 6-3

Lleyton Hewitt (x19) mn Marcos Baghdatis (x15)

4-6, 7-5, 7-5, 6-7, 6-3

Juan Carlos Ferrero (x22) mn David Nalbandian (x10)

6-1, 6-2, 6-3

David Ferrer (x5) mn Vincent Spadea

6-3, 6-3, 6-3

Richard Gasquet (x8) mn Igor Andreev (x31)

6-3, 6-2, 4-6, 6-4

Jo-Wilfried Tsonga mn Guillermo Garcia-Lopez

6-3, 6-4, 6-2

Mikhail Youzhny (x14) mn Ivo Karlovic (x20)

6-2, 6-4, 6-2

Nikolay Davydenko (x4) mn Marc Gicquel

6-3, 6-2, 6-3

Philipp Kohlschreiber (x29) mn Andy Roddick (x6)

6-4, 3-6, 7-6, 6-7, 8-6

Jarkko Nieminen (x24) mn Mardy Fish

3-6, 7-6, 6-3, 6-1

Paul-Henri Mathieu (x23) mn Stefan Koubek

4-6, 7-6, 2-6, 7-5, 8-6

Rafael Nadal (x2) mn Gilles Simon (x28)

7-5, 6-2, 6-3

Keputusan Perlawanan Akhir Terbuka Malaysia 2008

Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2008


Perseorangan Lelaki

Lee Chong Wei (MAS) mn Lee Hyun Il (KOR)

21-15, 11-21, 21-17

Beregu Lelaki

Markis Kido/Hendra Setiawan (INA) mn Lars Paaske/Jonas Rasmussen (DEN)

21-10, 20-22, 21-18

Perseorangan Wanita

Tine Rasmussen (DEN) mn Zhu Lin (CHN)

18-21, 21-19, 21-18

Beregu Wanita

Yang Wei/Zhang Jiewen (CHN) mn Gao Ling/ Yao Tingting (CHN)

21-13, 16-21, 24-22

Beregu Campuran

He Hanbin/ Yu Yan (CHN) mn Lee Yong Dae/Lee Hyo Jung (KOR)

21-14, 21-15

Chong Wei Juarai Terbuka Malaysia 2008

Kejuaraan keempat peribadi di Terbuka Malaysia

PEMAIN badminton nombor satu negara, Lee Chong Wei memulakan kalendar tahun baru dengan langkah kanan apabila muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia di Stadium Bukit Jalil mengetepikan cabaran pemain Korea, Lee Hyun Il. dalam perlawanan tiga set.

Pilihan utama kejohanan itu bagaimanapun diberi tentangan sengit oleh Hyun Il dengan pukulan 'jumping smash' dan permainan di jaring yang memukau ribuan penonton di Stadium Bukit Jalil sebelum menang 21-15, 11-21, 21-17.

Sebagaimana jangkaan awal, Hyun Il nyata mempamerkan permainan mengagumkan dengan aksi-aksi depan jaring yang kerap kali memerangkap Chong Wei.

Pada set pertama, Chong Wei berjaya mendahului pungutan mata dari awal hingga akhir permainan dengan keputusan 21-15.

Hyun Il yang kini dilatih bekas jurulatih kebangsaan, Li Mao bagaimanapun bangkit di set kedua dengan kerap kali menghantar bola ke jaring yang tidak mampu dibalas dengan baik oleh Chong Wei dengan kemenangan mudah 21-11 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Set ketiga berlangsung agak mendebarkan dengan kedua-dua pemain saling mengejar mata dan mempertontonkan aksi-aksi menarik yang menggamatkan stadium termasuk kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, dengan pertahanan yang agak kemas dan permainan di jaring yang banyak memihak kepadanya selain kesilapan lawan menghantar bulu tangkis keluar, Chong Wei mengakhiri perlawanan dengan pukulan smash kencang yang hanya diperhati oleh Hyun Il untuk kejuaraan sulungnya tahun ini.

Sebelum ini Chong Wei muncul juara Terbuka Malaysia tiga tahun berturut-turut 2004, 2005 dan 2006.

TERKINI.. Final Terbuka Malaysia 2008

3.59 pm: Lee Chong Wei bermula baik apabila mendahului Lee Hyun Il 11-8 pada set pertama.
4.05 pm: Chong Wei masih mendahului 18-13.
4.07 pm: Tamat set pertama. Chong Wei menang 21-15 untuk mendahului 1-0.
4.18 pm: Hyun Il memperbaiki kesilapan di set pertama terutama permainan di jaring yang memerangkap dirinya untuk mendahului set kedua 11-5.
4.26 pm: Chong Wei banyak terperangkap oleh permainan di jaring Hyun Il. Set kedua banyak dikuasai pemain Korea itu untuk menang 21-11 bagi mengikat kedudukan 1-1.

JUARA.. Chong Wei menamatkan set ketiga dengan bergaya melalui 'jumping smash' kencang ke arah kanan lawan dengan keputusan 21-17 untuk merangkul kejuaraan keempatnya di Terbuka Malaysia. Kemenangan itu juga menepati statusnya selaku pilihan utama kejoahanan

Bagaimanapun pujian wajar diberikan kepada pemain bukan pilihan dari Korea itu yang mempamerkan aksi menarik dan menghiburkan para penonton yang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil.

Li Mao senjata sulit Hyun Il berdepan Chong Wei

Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2008

LEE Chong Wei akan lebih berwaspada apabila menentang Lee Hyun Il pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia hari ini memandangkan pemain Korea Selatan itu memiliki ‘senjata rahsia’ iaitu jurulatihnya, Li Mao.

Jurulatih dari China itu meninggalkan Chong Wei secara mengejut pada awal 2007, tetapi kembali ke Malaysia tahun ini, namun hanya sebagai jurulatih perseorangan Korea Selatan.

Bagi Chong Wei, bukan soal sentimen yang bermain dalam fikirannya, tetapi memikirkan apa kelebihan yang dimiliki oleh Hyun Il kerana Li Mao sebagai bekas jurulatihnya pasti menurunkan sebanyak mungkin ilmu kepada anak didiknya itu.

“Li Mao tahu apa kekuatan dan kelemahan saya, sudah tentu dia akan menggunakan semua pengetahuannya mengenai permainan saya itu untuk memastikan kemenangan Hyun Il, jadi saya harus menjangkakan sesuatu yang sukar esok (hari ini).

“Apa pun, saya sudah melakukan persiapan terbaik untuk menghadapi kejohanan ini, menghadapi sebarang kemungkinan. Kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku, saya pasti ia akan menjadi perlawanan yang menarik,” kata Chong Wei.

Chong Wei, yang menyingkirkan pemain muda China, Chen Jun 25-23, 21-11 dalam separuh akhir semalam, kalah pada pertemuan terakhirnya dengan Hyun Il, dalam acara berpasukan pada Sukan Asia di Doha, 2006.

Sejak itu, dia yang turut tewas dalam lima daripada sembilan pertemuan kedua-dua pemain sejak 2003 tidak pernah bertemu bekas pemain nombor satu Korea Selatan itu, yang menundukkan jaguh Denmark, Kenneth Jonassen 21-15, 21-18 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Jika berjaya memenangi perlawanan hari ini, ia akan menjadi kejuaraan Terbuka Malaysia keempat buat Chong Wei, yang memenanginya buat kali pertama pada 2004, diikuti 2005 dan 2006.

Malah, ia menjadi pembuka tirai yang paling positif sebelum meneruskan cabaran 2008 yang dianggap amat mencabar dengan Sukan Olimpik Beijing menanti pada 8-24 Ogos ini manakala Piala Thomas pula akan berlangsung, Mei ini.

Chong Wei menjadi wakil tunggal negara yang akan beraksi pada perlawanan akhir hari ini selepas seorang lagi pemainnya, Wong Mew Choo terkandas di separuh akhir perseorangan wanita.

Mew Choo, naib juara tahun lalu tumpas kepada pemain yang mengecewakannya pada final 2007, Zhu Lin dari China 19-21, 12-21, sekali gus menghampakan hasrat untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir buat tahun kedua berturut-turut.

Sementara itu, bekas juara dunia, Lars Paaske-Jonas Rasmussen meneruskan siri kejutan di Stadium Putra apabila membenam bekas beregu nombor satu dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari China 21-16, 19-21, 21- 17.

Saturday, January 19, 2008

Federer nyaris tersingkir awal - Bertarung lebih 4 jam sebelum mara

Tenis Terbuka Australia Pusingan Ke-3

Pemain Nombor satu dunia, Roger Federer terselamat daripada menerima aib tersingkir awal apabila berhempas pulas dalam pertarungan mendebarkan menentang pemain bukan pilihan dari Serbia, Janko Tipsarevic.

Pilihan utama yang juga juara bertahan itu diberi tentangan sengit di setiap penjuru oleh lawannya itu hingga barlarutan lima set sebelum Federer menang 6-7, 7-6, 5-7, 6-1, 10-8 dalam pertarungan yang memakan masa empat jam setengah itu.

Sebaliknya Tipsarevic patut menyalahkan diri sendiri apabila kemenangan hampir dalam genggaman untuk mencipta kejayaan terbesar dalam kariernya itu pada set penentuan tapi kesilapan di depan jaring ketika memegang servis pada kedudukan 8-8 menutup terus harapan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Dengan kemenangan itu, Federer yang memburu kejuaraan ketiga pada Terbuka Australia dan ke-13 kejuaraan grand slam, melebarkan rekod kepada 17 kemenangan berturut-turut.

Berdepan pemain ranking ke-49, Federer dilihat bakal memenangi perlawanan dengan mudah apatah lagi mendahului lawannya itu 5-3 dan mempunyai tiga mata penamat.

Bagaimanapun Tipsarevic, bekas pemain remaja nombor satu dunia berjaya mematahkan servis Federer untuk memenangi dua game berikutnya dan memaksa ke tie-break - yang kebiasaannya dimenangi Federer -, ternyata sebaliknya apabila beliau terpaksa membiarkan lawan mendahului 1-0.

Set kedua juga dengan senario yang sama hingga memaksa ditentukan melalui tie-break dan Federer tidak memberi ruang langsung kepada lawan untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Di set ketiga, Tipsarevic berjaya mematah servis Federer ketika kedudukan terikat 5-5 untuk dan merampas servis dengan mendahului 6-5 seterusnya memenanginya untuk kedudukan 2-1.

Pada set keempat pemain nombor dua Serbia itu tidak banyak mengerahkan tenaga dan membiarkan Federer menguasai perlawanan dan menyerah mudah dengan keputusan 6-1 untuk sekali lagi mengikat kedudukan 2-2.

Pada set penentuan Federer mudah mendahului 2-0 dan tampak bakal melangkah ke pusingan keempat tanpa masalah, bagaimanapun Tipsarevic tiba-tiba bangkit memenangi dua set berikutnya untuk mengikat kedudukan 2-2.

Walaupun kedua-dua pemain jelas keletihan, namun masing-masing enggan mengalah dan perlawanan berlanjutan hingga kedudukan 8-8 sebelum pemain Serbia itu melakukan unforced error di depan jaring untuk memberi kelebihan kepada Federer memenangi dua set berikutnya seterusnya memastikan kemaraan dan bakal berdepan pilihan ke-13 dari Republik Czech, Tomas Berdych.

Badminton Terbuka Malaysia 2008 - Separuh Akhir

Keputusan Penuh Peringkat Separuh Akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2008


Perseorangan Lelaki

Lee Chong Wei (x1) mn Chen Yu (x8)

25-23, 21-11

Lee Hyun Ill mn Kenneth Jonassen (x7)

21-15, 21-18

Beregu Lelaki

Lars Paaske/Jonas Rasmussen mn Fu Haifeng/Cai Yun (x3)

21-16, 19-21, 21-17

Markis Kido/Hendra Setiawan (x2) mn Candra Wijaya/Tony Gunawan (x4)

21-11, 21-17

Perseorangan Wanita

Zhu Lin (x3) mn Wong Mew Choo (x8)

21-19, 21-12

Tine Rasmussen mn Pi Hongyan (x5)

21-12, 21-10

Beregu Wanita

Gao Ling/Zhang Tingting mn Du Jing/Yu Yang (x4)

21-19, 19-21, 21-17

Yang Wei/Zhang Jiewen (x2) mn Lee Kyung Won (x3)

19-21, 21-12, 21-12

Beregu Campuran

Lee Yong Dae/Lee Hyo Jung mn Nathan Robertson/Gail Emms (x5)

23-21, 16-21, 21-16

TERKINI.. apakah Federer bakal terima nasib seperti Roddick?

Federer dicabar hebat ke 'rubber game'

Pemain nombor satu dunia, Roger Federer kini berdepan lawan sebenar pada saingan pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Australia apabila ditentang hebat pemain ranking ke-49 dunia dari Serbia, Janko Tipsarevic.

Pilihan pertama itu tampak bergelut untuk membalas pukulan kencang pemain bukan pilihan itu.

Federer tewas pada set pertama 6-7 sebelum menyamakan kedudukan pada set kedua dengan 7-6.

Pada set ketiga Tipsarevic bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menang 7-5. Bagaimanapun Federer tidak berdepan banyak masalah untuk memenangi set keempat 6-1.

Federer patut menyalahkan diri sendiri apabila banyak melakukan 'unforced error', walaupun memenangi lebih 30 servis ace.

Chong Wei bergaya ke Final Terbuka Malaysia


Pemain nombor dua dunia, Lee Chong Wei menghadirkan keceriaan buat para peminat badminton tanahair apabila melangkah bergaya ke perlawanan akhir kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia selepas menundukkan pemain China, Chen Yu di separuh akhir petang tadi.

Kemaraan Chong Wei ternyata mengubati kekecewaan dialami kem negara selepas satu demi satu wakil kita tumbang kepada lawan masing-masing di peringkat awal lagi.

Pada perlawanan separuh akhir sebentar tadi, Chong Wei bermain cemerlang menewaskan Chen Yu yang merupakan pemain nombor sembilan dunia dan pilihan kelapan kejohanan dengan straight set 25-23, 21-11.

Kemenangan tersebut sekaligus menutup keaiban skuad negara apabila muncul satu-satunya wakil kita di perlawanan akhir esok apabila pemain wanita harapan, Wong Mew Choo tewas kepada pilihan ketiga, Zhu Lin 19-21, 12-21.

Pada aksi terakhir esok, Chong Wei dilihat berpeluang cerah untuk muncul juara di depan para penyokong sendiri apabila bakal berdepan pemain bukan pilihan dari Korea Selatan, Lee Hyun Ill.

Hyun Ill melangkah ke akhir apabila mengejutkan pilihan ketujuh dari Denmark, Kenneth Jonassen dalam perlawanan terus 21-15, 21-18.

Sementara itu, kem China menerima tamparan hebat apabila tiada seorang pun wakil dari negara itu akan turun ke gelanggang dalam acara lelaki esok apabila beregu harapan mereka, Cai Yun/Fu Haifeng tewas kepada beregu bukan pilihan juga dari Denmark, Laas Paaske/Jonas Rasmussen.

Pasangan nombor tiga dunia itu tewas dalam perlawanan sengit yang berlanjutan ke set penentuan, 16-21, 21-19, 17-21.

Menanti di perlawanan akhir esok ialah pemenang di antara Candra Wijaya/Tony Gunawan dan Markis Kido/Hendra Setiawan.

Tuesday, January 15, 2008

Sengat Ronaldo masih berbisa



Gandingan trio Brazil 'Ka - Pa - Ro' benam Napoli

ROME: Sebarang keraguan mengenai sama ada bekas pemain terbaik dunia tiga kali, Ronaldo, masih menjadi kuasa bola sepak terhakis hanya dalam masa 45 minit kelmarin.

Itulah tempoh yang diperlukan oleh Ronaldo untuk menjaringkan dua gol dan membuka satu lagi jaringan bagi membantu AC Milan mencatatkan kemenangan pertamanya dalam Liga Serie A Italy musim ini.

Selepas seri lima kali, dua kalah dan hanya tiga gol pada separuh pertama musim ini, Napoli agak malang menjadi mangsa Milan yang mempamerkan kecemerlangannya bagi mencatatkan kemenangan 5-2.

Bagaimanapun, ia bukan segala-galanya tentang Ronaldo. Juara Eropah itu mempamerkan ketajaman kombinasi tiga penyerang Brazil 'Ka-Pa-Ro' (Kaka, Pato dan Ronaldo) bagi menyumbatkan lima gol.

Para penyokong mula bercakap tentang persamaan Milan abad ke-21 ini dengan kecemerlangan gandingan bintang-bintang Sweden 1950-an 'Gre-No-Li' (Gunnar Gren, Gunnar Nordahl dan Nils Liedholm), dan mereka tidak dikecewakan.

Tetapi yang paling menggembirakan jurulatih Milan, Carlo Ancelotti, ialah persembahan Ronaldo.

'Kami sungguh cemerlang, terutama sekali Ronaldo,' kata Ancelotti. 'Beliau membuktikan kemampuannya meskipun belum mencapai tahap kecergasan terbaiknya.

'Ronaldo mula berlatih pada 2 Januari selepas enam bulan dihantui masalah kecederaan. Saya gembira menyaksikan kecemerlangannya selepas beliau sekian lama dirundung malam.

Ancelotti terus meletakkan Pato dalam kesebelasan utamanya bagi menampilan sulungnya dan mengembalikan tempat Ronaldo meskipun penyerang yang dikenali sebagai 'gendut' semasa bersama Real Madrid hanya baru beraksi 45 minit dalam perlawanan persahabatan.

'Kami mengambil risiko dalam pendekatan serangan dan ini penting kerana kami perlu bangkit memungut mata,' tambah jurulatih Milan itu sambil merujuk kedudukan Milan di tangga ke-12 liga ini dan 12 mata di belakang mendahalu liga dan musuh ketatnya, Inter Milan.

Beliau juga puas hati dengan prestasi Pato meskipun penyerang berusia 18 tahun itu terkial-kial dalam separuh masa pertama. -- AFP.

Monday, January 14, 2008

Manchester kembali terajui liga


Hatrik Ronaldo letak United di puncak Liga Perdana

MANCHESTER: Finalis pemain terbaik dunia FIFA, Cristiano Ronaldo mempersembahkan permainan menakjubkan ketika pasukannya kembali ke tangga teratas liga dengan membenam pasukan bermasalah, Newcastle United 6-0 di Old Trafford, malam tadi.

Beliau yang menjaringkan hatrik pertamanya musim ini menegaskan kembalinya Manchester United ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah jauh lebih bagus berbanding hatrik pertama buatnya di kelab berkenaan.

Pemain sayap Portugal berusia 22 tahun itu menjaringkan tiga gol pada babak kedua ketika skuad kendalian Sir Alex Ferguson bertindak balas terhadap permainan tanpa gol pada babak pertama dengan memusnahkan Newcastle yang tidak mempunyai pengurus pada babak kedua.

Gol berkenaan memberikan Ronaldo jaringan ke-22 musim ini - hanya satu gol kurang berbanding 23 jaringannya ketika membantu United mencipta kejayaan meraih gelaran EPL tahun lalu dan Ferguson mengakui masih banyak yang mampu dilakukan pemain itu.

Namun pemain Portugal itu menegaskan selepas perlawanan itu bahawa sasaran peribadi adalah yang kedua berbanding usaha mempertahankan gelaran milik mereka.

“Ia hari yang istimewa buat saya,” kata Ronaldo. “Saya sangat gembira memenangi perlawanan dan membawa pasukan ke persada liga. Ini adalah perkara paling penting.

“Adalah sesuatu yang amat mustahak untuk menjaringkan gol dan membantu pasukan. Saya sangat bangga dan gembira. Memang bagus untuk menjaringkan hatrik tetapi jika saya menjaringkan dua gol dalam setiap perlawanan, ia juga menggembirakan.

“Jika kami terus bermain sama seperti yang kami lakukan pada babak kedua, saya yakin kami akan menjadi pasukan terbaik.”

Ferguson sudah membayangkan persembahan babak kedua pasukannya akan lebih baik selepas kecewa dengan apa yang ditunjukkan sebelum rehat dan memuji Ronaldo kerana persembahannya.

“Saya sentiasa berfikir jaringan hatrik itu akan hadir,” katanya.

“Dia pemain muda yang sentiasa meningkat, dia sentiasa berlatih. Saya menjangkakan dia akan menjaringkan lebih banyak gol musim ini dan dia melakukannya.”

Dua gol daripada Carlos Tevez dan satu daripada Rio Ferdinand memastikan United mengambil kesempatan sepenuhnya daripada kegagalan Arsenal menewaskan Birmingham City dalam perlawanan awal dan berada di puncak liga.

Li Mao dedah sebab beliau tinggalkan BAM

Pengakuan bekas jurulatih badminton negara

"Pemergian saya sebelumnya kerana dalam skuad Malaysia, ianya terlalu rumit. Tiada perpaduan dalam pasukan. Sikap pentingkan diri sendiri amat ketara.

"Kini bersama Korea Selatan, semua pemain bersatu sebagai satu pasukan. Dulu di Malaysia, pemain perseorangan dan beregu mengasingkan diri. Ada sikap terlalu individualistik. Semuanya mahu lakukan perkara sendiri.

"Malah saya rasakan seolah-olah ada rasa iri hati. Jika pemain perseorangan mencapai keputusan baik, ia mungkin mencetus rasa tidak puas hati pemain-pemain beregu," katanya.

Pendedahan itu dinyatakannya ketika ditemui wartawan Berita Harian, selepas latihan skuad Korea Selatan di Stadium Putra, petang semalam, sebagai menghadapi Siri Super Terbuka Malaysia, bermula Rabu ini.

Tindakan itu sekali gus turut menenggelamkan berita juara bertahan, Peter Gade Christiensen, menarik diri kerana memilih bersama ahli keluarganya yang sakit di Denmark.

"Saya tidak punya perselisihan faham dengan Chong Wei. Malah hubungan kami amat baik. Tetapi kerumitan yang terpaksa dihadapi memaksa saya untuk tidak menyambung khidmat bersama Malaysia," katanya.

Kerumitan dimaksudkannya termasuk permintaan bebas memilih pemain daripada skuad pelapis ataupun Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang tidak dibenarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Di negara lain, jurulatih skuad utama bebas memilih pemain daripada pelapis ataupun program latihan lain. Tetapi tidak di Malaysia. Saya berdepan kesukaran kerana tidak diberikan pemain tambahan untuk dilatih.

"Satu lagi situasi ialah pemain-pemain berpengalaman tidak membimbing pemain lebih muda. Kerana itu, jika situasi ini berterusan, saya tidak hairan Malaysia tidak punya pemain mampu mencabar di pentas utama, beberapa tahun lagi," katanya.

Li Mao sebelumnya dipancing BAM pada 2005 dalam usaha memantapkan persembahan Chong Wei selain membantu melakar peningkatan kepada pemain wanita utama, Wong Mew Choo.

Selepas meninggalkan Malaysia, hujung Januari tahun lalu, kelibat Li Mao tidak kelihatan kerana memilih kekal di Korea Selatan. Kebetulan, Terbuka Malaysia kali ini kali pertama dia ke luar negara bersama skuad negara itu.

Di Terbuka Malaysia kali ini, Li Mao tidak meletakkan harapan tinggi kepada dua anak buahnya, Park Sung-hwan dan Lee Hyun-il kerana sasaran utama ialah mengutip mata untuk kelayakan ke Sukan Olimpik, Ogos nanti.

"Ketika ini, harapan utama ialah Sung-hwan kerana dia punya potensi dan mampu mencipta kejutan terhadap pemain-pemain utama dunia. Hyun-il pula belum mencecah tahap terbaiknya," katanya.